Dawai Asmara Episod 14


Hareez masih berada di kampus apabila ibunya Shima datang menjemputnya. Shima memberitahu dia sudah dapat maklumat mengenai bapa kandung Hareez. Selama kedewasaannya Hareez selalu mendesak Shima untk memberitahu siapa bapa kandungnya dan di mana dia berada. Jika tidak,Hareez akan menganggap dia anak tidak sah taraf. Hareez pernah memberitahu Natasha mengenai kebimbangannya mengenai status dirinya. Dia bimbang jika dia anak tidak sah taraf. Natasha selalu meminta Hareez bersabar dan kebenaran akan terserlah juga. Shima terus membawa Hareez untuk bertemu bapanya. Shima terus ke rumah Adam. Adam adalah bapa Hareez yang sebenarnya dan dia dengan ibunya sudah lama cuba menjejaki Adam di rumah lamanya. Kerana Adam telah berpindah ke Kuala Lumpur,mereka tidak menemui Adam di sana.Adam terkejut dengan kemunculan Shima dengan Hareez. Bagaimanapun dia gembira bertemu dengan anak yang dirinduinya.

Share this video :
 
Copyright © 2016. Tonton Drama KB - All Rights Reserved