Dawai Asmara Episod 15

Download

Perbuatan Syeera dilihat oleh petugas hospital melalui CCTV. Hashim dapat diselamatkan. Syeera pula ditangkap polis atas cubaan membunuh bapanya. Mendengar Syeera kena lokap, Nabiha terus menghilangkan diri. Dia tidak mahu dilibatkan dalam perbuatan Syeera. Seminggu selepas itu,Rosmah sedar dari koma. Syeera melalui peguamnya merayu untuk dibebaskan kerana tidak mahu Rosmah tercari-cari dirinya dan terkejut apabila mengetahui apa yang berlaku. Ini dibimbangi membawa kesan kepada keadaan Rosmah. Syeera dibebaskan dari lokap dengan jaminan polis dan akan didakwa selepas Rosmah dimaklumkan mengenai kejadian itu. Syeera dilarang keluar daerah dan diminta melapor diri ke balai polis berdekatan setiap hari. Pasportnya juga dirampas. Namun keadaan Rosmah masih kritikal dan tidak boleh menerima kejutan. Dua minggu selepas itu,Hashim pula sedar. Natasha gembira mendengar khabar tersebut dan melawat kedua-duanya. Syeera terpaksa menahan perasaan marah melihat Natasha.

Share this video :
 
Copyright © 2016. Tonton Drama KB - All Rights Reserved