Dawai Asmara Episod 4


Hashim terkejut melihat kanak-kanak kecil itu menangis dan terduduk di depan keretanya. Rosmah yang masih trauma dan mengalami gangguan mental, menyangka Amira adalah anaknya. Dia terus menerpa dan memeluk Amira dan memanggilnya Natasya. Hashim pula memberitahu Rosmah itu bukan anak mereka, tetapi anak orang lain. Hashim menyangka Amira anak salah satu pasangan yang sedang membawa anak masing-masing ke taman itu. Tetapi selepas menunggu beberapa ketika, tidak ada ibubapa yang sibuk mencari anak hilang. Akhirnya semua ibubapa pulang. Hashim setuju membawa Amira balik ke rumah mereka dan memanggilnya dengan nama Natasha juga. Adam gembira dengan kehadiran Natasya sebenar di rumahnya. Dia memanggil Natasya dengan nama Maya dan mahu menjaganya. Adam selalu bercakap-cakap dengan Maya, memberitahu dia adalah bapanya dan akan menjaganya dengan penuh kasih sayang. Namun Adam mengalami kesukaran menjaga Maya apabila dia asyik menangis rindukan ibu bapanya.

Share this video :
 
Copyright © 2016. Tonton Drama KB - All Rights Reserved