Dawai Asmara Episod 7


Maya terpaksa membatalkan hasrat masuk ke kolej kerana Adam jatuh sakit dan tidak dapat bekerja. Hasrat Maya untuk mencari ibubapa kandungnya juga terpaksa ditangguhkan. Dengan hanya sebentuk cincin sukar bagi Maya mengesan ibubapa kandungnya. Maya terpaksa mencari kerja. Dia berkenalan dengan Reza. Reza bekerja di sebuah restoran. Melalui Reza, Maya dapat pekerjaan di kafe yang sama. Reza ambil berat tentang Maya dan berkenalan dengan Adam. Tetapi Adam mengingatkan Maya supaya berhati-hati memilih kawan. Hashim banyak termenung selepas mengetahui Syeera adalah anaknya. Dia tidak tahu bagaimana hendak memberitahu Rosmah dan Natasha bahawa Natasya sebenarnya sudah ditemui. Hashim selalu menghubungi Syeera bertanya khabar dan sesekali mengajak Syeera keluar. Setiap kali hendak bertemu Hashim. Nabiha mesti memaksa Syeera meminta duit. Nabiha mengajar Syeera bagaimana cara hendak meraih simpati Hashim.

Share this video :
 
Copyright © 2016. Tonton Drama KB - All Rights Reserved