Dawai Asmara Episod 9


Maya tergamam melihat rantai tersebut dan merenungnya. Syeera kurang senang dan menuduh Maya hendak mencuri rantainya. Tetapi Maya menafikan sebaliknya bertanya di mana Syeera mendapat rantai tersebut. Maya berkata ia saling tidak tumpah dan sepadan dengan cincinnya. Syeera tidak mahu memberitahu. Maya minta dibenarkan memegang dan melihat rantai tersebut tetapi Syeera tidak mengizinkan. Sebaliknya Syeera sengaja buat heboh dengan mengatakan Maya mahu meragut rantainya. Pengawal di pusat membeli belah menangkap Maya untuk disoal siasat sebelum menyerahkannya kepada polis. Maya menafikan dia mahu meragut rantai Syeera. Reza turut merayu pengawal untuk melepaskan Maya. Akhirnya Maya dibebaskan dan kesal kerana dimalukan oleh Syeera. Reza meminta Maya bersabar. Maya memberitahu Adam mengenai kejadian tersebut. Adam berkata ketika menemui Maya dia hanya menjumpai cincin yang dipakai Maya dan tidak pasti ia sepasang dengan rantai leher atau bukan. Adam menganggap Maya salah faham.


Share this video :
 
Copyright © 2016. Tonton Drama KB - All Rights Reserved