Dawai Asmara Episode 13


Tiga bulan berlalu. Hashim dengan Rosmah masih koma. Natasha dengan Maya tidak punya sumber kewangan lain. Akhirnya kedua-duanya menangguhkan pengajian sehingga Hashim sembuh semula. Syeera menghalau Natasha dari rumah Hashim. Maya mengajak Natasha tinggal bersamanya. Reza gembira apabila Maya datang semula meminta kerja di kafe. Natasha juga mendapat pekerjaan di tempat yang sama. Syeera dengan Nabiha menikmati kemewahan sepuas-puasnya. Sesekali Natasha pulang untuk mengambil pakaian, dia tidak dibenarkan masuk ke rumah. Syeera meminta orang gaji mencampakkan sahaja pakaian Natasha keluar pagar. Natasha selalu melawat Hashim dengan Rosmah di hospital.Natasha selalu merintih memberitahu Hashim dengan Rosmah apa yang sudah dilakukan Syeera kepadanya.Setiap kali ke hospital,Maya mesti menemaninya.




Share this video :
 
Copyright © 2016. Tonton Drama KB - All Rights Reserved