Dawai Asmara Episod 3


Basir pulang ke rumah dengan wajah ketakutan. Dia menyangka dia terus diekori polis atau lelaki tadi. Basir menyelongkar beg sandang yang dibawanya pulang. Terdapat pelbagai barang hasil ragutnya di dalam beg tersebut. Ada dompet, wang, telefon bimbit, barang kemas dan lain-lain. Adam berniat untuk menjual barang-barang kemas yang diragutnya. Bagaimanapun apabila dia melihat rantai leher berbentuk love milik Natasya, dia terus memakaikan ke leher anak perempuanya Syeera. Isterinya Nabiha tahu rantai itu hasil ragut, tetapi Nabiha tidak kisah pekerjaan suaminya. Dia hanya mahu duit. Rosmah terus trauma kehilangan Natasya. Begitu juga dengan Hashim. Hashim yang sangat menyayangi Natasha bagaikan tidak keruan. Dia lupa keadaan dirinya, makan minum tidak dihiraukan dan dia asyik mencari Natasya ke sana sini. Rosmah pula asyik menangisi kehilangan Natasya. Walaupun masih muda dan masih boleh beranak tetapi Natasya bagaikan nyawanya.

Share this video :
 
Copyright © 2016. Tonton Drama KB - All Rights Reserved