Married Tapi Benci Episod 8


Setelah hampir sebulan kamal dan rina menjadi pasangan suami isteri, nampaknya mereka masih dengan sikap pentingkan diri sendiri. Masing masing ingin ruang untuk bersama hobi dan rakan rakan mereka. Pn sofia pula semakin risau kan kamal apabila kamal tidak pernah menjenguk mereka di rumah sejak berkahwin. Daing rahman pula ambil mudah akan hal ini dengan alasan hendak mengajar kamal agar menjadi lebih matang. Rina kini kembali ride dengan kawan kawan nya. Aktiviti malam rina semakin menjadi jadi. Kamal pula timbul perasaan cemburu bila rina sering keluar dan tidak mempedulikan dia sebagai suami. Lebih lebih lagi apabila kamal ternampak rina lepak dengan danial. Kerisauan ibubapa kamal telah membuat kan bapa kamal mencadangkan percutian keluarga bersama rina dan kamal. Percutian yang sepatutnya mewujudkan ikatan suami isteri yang lebih positif bertukar menjadi sebaliknya apabila kamal dan rina menjemput pula rakan rakan mereka untuk lepak bersama di situ.

Share this video :
 
Copyright © 2016. Tonton Drama KB - All Rights Reserved