Dawai Asmara Episod 16


Maya terus bekerja di kafe dan Hareez selalu datang untuk berjumpa dia di sana. Maya tetap tidak sukakan Hareez. Sebaliknya dia masih menyintai Reza. Reza pula mendapat tahu Hareez bakal dikahwinkan dengan Maya.Reza menjauhkan diri dari Maya dan bertindak memusuhi Maya.Malah Reza mahu berhenti kerja tetapi dilarang oleh Maya.Reza sudah menjadi supervisor dan Maya bersedia meninggalkan kafe tersebut jika Reza terganggu dengan kedatangan Hareez. Natasha pula berhenti kerja di kafe kerana mahu bersama Rosmah dan Hashim. Bagaimanapun dia tidak mahu pulang ke rumah mereka kerana statusnya sebagai anak angkat sahaja. Rosmah mahu Natasha pulang dan kalau boleh mereka juga mahu Maya tinggal bersama mereka. Maya enggan kerana dia mahu menjaga Adam yang semakin uzur. Natasha kembali ke kolej. Tetapi tidak Maya yang terpaksa bekerja dan juga menjaga Adam. Hareez juga selalu datang ke rumah Adam dan Adam meminta Hareez mengahwini Maya secepat mungkin. Hareez sangat gembira permintaan bapanya.

Share this video :
 
Copyright © 2016. Tonton Drama KB - All Rights Reserved