Dawai Asmara Episod 18

Download

Hashim dengan Rosmah memaafkan Syeera. Bagaimanapun Syeera enggan tinggal bersama mereka lagi. Natasha juga sudah memaafkan Syeera. Syeera mahu mencari ibunya Nabiha yang sudah menghilangkan diri. Hashim mahu Syeera menghubunginya jika perlu apa-apa bantuan. Kini Rosmah dengan Hashim kehilangan kembali `anak kandung’ yang sebenar. Rosmah dengan Hashim seperti putus asa tidak mahu mencari anak mereka lagi kerana mereka sudah ada Natasha. Kedua-duanya berharap Natasha sebenar hidup bahagia walau di mana atau siapa yang menjaganya. Namun Rosmah dengan Hashim tiba-tiba merindui Maya. Rosmah dengan Hashim mahu meneruskan niat membawa Maya tinggal bersama mereka. Natasha gembira bercampur duka. Gembira kerana Maya akan tinggal bersamanya,tetapi berduka kerana Maya akan berkahwin dengan Hareez.

Share this video :
 
Copyright © 2016. Tonton Drama KB - All Rights Reserved