Dawai Asmara Episod 20 Akhir


Rosmah menggigil berdepan dengan Maya. Dia cuba menahan perasaan dan bertanya Maya mengenai ibu bapanya. Maya berkata dia tidak tahu apa-apa mengenai ibu bapanya, tetapi Adam ada memberi cincin yang dipakainya sewaktu Adam mengambilnya dulu. Rosmah terkejut apabila Maya menunjukkan cincin tersebut. Dia hampir pengsan,tetapi masih mampu mengawal perasaannya. Rosmah gembira dan dia tidak sabar-sabar untuk memberitahu Hashim yang Maya adalah anak kandung mereka. Rosmah mahu merahsiakan dahulu perkara itu dari Maya. Rosmah terlampau teruja untuk menemui Hashim di pejabatnya. Sehingga Rosmah tidak memandang kiri kanan jalan ketika melintas. Sebuah kereta melanggarnya dengan kuat. Rosmah cedera parah, tetapi sempat memberitahu Hashim bahawa Maya adalah anak kandung mereka. Rosmah meninggal dunia sehari kemudian. Hashim terpaksa memberitahu Maya siapa dia sebenarnya. Adam menceritakan bagaimana dia mendapat Maya yang ketika itu dilarikan penjenayah.

Share this video :
 
Copyright © 2016. Tonton Drama KB - All Rights Reserved