Demi Cinta Ain Episod 3


Demi Cinta Ain Episod 3. Alif pulang dengan membawa barang keperluan rumah serta dua pasang baju baru untuk Hakim dan Hanis. Sakinah bimbang Alif melakukan kerja yang tidak baik untuk dapatkan duit tetapi Alif memberitahu dia telah pun mendapat pekerjaan di pekan dan duit tersebut adalah duit pendahuluan gajinya.

Suraya bersikap baik dengan mengadu masalah kewangannya makin teruk dan kononnya sedang memujuk Ashraf supaya meminjamkan sedikit duit kepadanya. Alif faham maksud Suraya dan serba salah untuk memberikan duit tersebut kepada Suraya. Bagaimanapun apabila Suraya mula bersikap dingin terhadap Sakinah dan anak-anaknya, Alif terpaksa akur dan memberikan duit tersebut kepada Suraya.

Share this video :
 
Copyright © 2016. Tonton Drama KB - All Rights Reserved