Duda Terlajak Laris Episod 10

Download SD | HD

Duda Terlajak Laris Episod 10. Zack membebel kepada Rajib pekerjanya yang terjatuh ketika mengambil sampel air di loji IWK. Pojek tergelak-gelak ketika menceritakan kejadian Rajib yang terjatuh ketika mengambil sampel air tadi.

Zack menegur Razib supaya lebih fokus dalam menjalankan tugas supaya tidak berlaku sebarang kecederaan ke atas dirinya. Sedang mereka bertiga rancak berbual, tiba-tiba datang seorang pekerja perempuan yang ingin mengambil sampel air tadi.

Zack tidak berkelip-kelip memandang perempuan tadi. Pekerja perempuan itu adalah ‘chemist’ baru di pejabat mereka. Pekerja wanita itu memperkenalkan dirinya sebagai Anis Nabihah dan dia menggantikan Tasneem yang baru berhenti kerja.

Zack tersentak dan terkejut apabila pekerja wanita itu menggelarkan dirinya sebagai Pehah. Zack tidak tidak percaya dan mustahil gadis itu adalah Pehah iaitu bekas isterinya. Soleh menegur dan mengusik tindakan Zack yang tidak lepas pandang sehinggalah Cik Anis Nabihah berlalu dari situ.

Share this video :
 
Copyright © 2016. Tonton Drama KB - All Rights Reserved