Duda Terlajak Laris Episod 11


Duda Terlajak Laris Episod 11. Zack memerhati perkarangan parkir di pejabat dan berharap kereta Toyota Vios biru itu kepunyaan Anis Nabihah. Zack memulakan perbualan ringkas dengan menegur Anis. Anis menyambut mesra perbualan itu dan dia kehairanan kerana Zack kembali ke pejabat itu setelah pulang tadi. Zack mengusik Anis dan bertanya sama ada dia sudah berkahwin atau tidak. Zack menyampaikan tujuannya ke pejabat adalah untuk meminta maaf di atas kejadian tadi di mana Idayu telah memarahi dan memaki hamun Anis. Anis tidak ambil kisah dengan kejadiaan tersebut dan memberitahu bahawa Idayu membuat sedemikian kerana sayangkan Zack. Anis mengucapkan tahniah kepada Zack di atas pernikahan yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Sedang rancak mereka berbual, Zack mengamati suara yang bersama Miss Goh itu. Dengan pantas, Zack kemudian mengajak Anis untuk masuk ke bilik setor yang terdapat di dalam makmal tadi. Anis terkejut dengan ajakan Zack dan masih terpinga-pinga.



Share this video :
 
Copyright © 2016. Tonton Drama KB - All Rights Reserved