Duda Terlajak Laris Episod 9 HD

Download SD

Duda Terlajak Laris Episod 9. Dalam perjalanan ke butik, Idayu memulakan perbualan. Membebel panjang Idayu dan tiba-tiba dia bertanya mengenai bekas isteri Zack, Pehah. Zack berasa sangat runsing dengan soalan Idayu yangs serupa polis pencen itu. Zack mengeluarkan kenyataan yang begitu menyakitkan untuk mematikan persoalan tentang bekas isterinya itu. Zack memberitahu bahawa Idayu adalah perempuan yang paling teruk jika dibandingkan dengan bekas isterinya. Idayu tersentap. Semasa di butik, Idayu berpura-pura mesra dengan Zack di hadapan perancang perkahwinan mereka, Sofy atau nama penuhnya Sofian. Sofy tidak putus-putus memuji tentang ketampanan Zack dan merasakan Idayu dan Zack adalah pasangan yang paling secocok. Zack berasa meluat dan menyampah dengan tindakan Idayu yang melentuk-lentukkan kepala ke atas bahunya. Selepas ditegur dengan kasar oleh Zack, Idayu cepat-cepat mengangkat kembali kepalanya itu.



Share this video :
 
Copyright © 2016. Tonton Drama KB - All Rights Reserved