Mr Boss Miss Stalker Episode 3 HD

Download SD | HD

Mr Boss Miss Stalker Episode 3. Hariz masuk ke pejabat. Serius. Di atas mejanya terdapat 20 orang peserta untuk di temuduga pada esok hari. Hariz memanggil dan marahkan Ketua ‘HR’nya kerana menerima terlalu banyak peserta untuk di temuduga jawatan jurutera di syarikatnya. Hariz mahu Ketua ‘HR’ pilih 5 orang pemohon yang terbaik sahaja. Yang lain batal. Keesokkan hari Sara bersedia untuk pergi temuduga dengan penampilan yang penuh bergaya. Dalam masa yang sama di pejabat Hariz, Kak Ila menyamar sebagai ‘tea lady’. Kak Ila berjaya menyingkir seorang demi seorang peserta lain untuk di temuduga Hariz supaya Sara menjadi calon terbaik antara mereka. Kak Ila telah menumpahkan air kopi ke baju salah seorang peserta, menghilangkan fail mereka dan memberi minum kopi yang dicampurkan julap kepada mereka. Setelah masuk ke bilik Hariz untuk ditemuduga barulah Sara teringatkan siapa sebenarnya Hariz. Orang yang telah diherdik oleh Sara samasa kemalangan dua bulan lepas kerana begitu sombong

Share this video :
 
Copyright © 2016. Tonton Drama KB - All Rights Reserved