Mr Boss Miss Stalker Episode 4


Mr Boss Miss Stalker Episode 4. Ibubapa Sara terkejut Sara handak bekerja di Syarikat Mentari Angkasa, tidak di pejabat En Hamzah. Sara memberitahu En Hamzah yang mencadangkan Sara bekerja di situ supaya Sara dapat pengalaman kerja yang lebih meluas. Sebelum ke tempat kerja Sara berjumpa Kak Ila dan diberikan beberapa alatan untuk menyenangkan siasatan ke atas Hariz. Sara juga dipakaikan rantai yang mempunyai camera agar dapat dipantau Kak Ila dari pejabatnya. Setibanya di Mentari Angkasa, Sara dibawa oleh Shila; setiausaha Hariz ke bilik Hariz. Sara diingatkan oleh Hariz supaya tidak datang lewat dan menyerahkan semua kerja yang diberi mengikut masa. Hariz juga tidak mahu Sara campur adukkan hal peribadi di pejabat dan Sara harus datang segera ke biliknya jika dia dipanggil. Sara kemudiannya dibawa Shila ke bilik Sara yang bertentangan dengan Bilik Hariz.

Share this video :
 
Copyright © 2016. Tonton Drama KB - All Rights Reserved