Sekali Aku Jatuh Cinta Episod 2


Sekali Aku Jatuh Cinta Episod 2. Izzati was-was dengan Johan, dia cepat-cepat ambil telefon mahal Tok ayah kat tangan dan simpan takut-takut Johan menipu. Johan tak peduli. Dia suruh orang ramai tidak kerumun tok ayah untuk beri udara. Kemudian dia cari dalam poket tok ayah, ada ubat bawah lidah. Tok ayah kena serangan jantung sedikit. Johan segera berikan ubat itu dan suruh Izzati bawak tok ayah ke hospital dengan segera. Johan dengan muka tak malu ikut sekali naik kereta ke hospital. Di hospital, ketika tok ayah di rawat di hospital, Izzati di luar bilik rawatan bercakap dengan ayahnya, Zain. Zain marahkan Izzati kerana membawa tok ayah keluar padahal dia suruh Izzati jaga tok ayah di rumah. Sebenarnya tok ayah bosan duduk rumah. Dia bodek Izzati suruh bawak keluar dan sebagai balasan dia akan bagi duit untuk Izzati shopping. Izzati sangat suka membeli-belah dan boros. Johan dok terhendap-hendap curi pandang pada Izzati.

Share this video :
 
Copyright © 2016. Tonton Drama KB - All Rights Reserved