Sekali Aku Jatuh Cinta Episod 3


Sekali Aku Jatuh Cinta Episod 3. Di rumah, Johan tak berenggang dengan telefon sampai mak ayah dia (Jamal & Hasnah )pelik. Nak tidur, dia letak betul-betul tepi telinga. Masa mandi, dia gantung telefon dalam bilik air. Johan tunggu panggilan dari tok Ayah ataupun Izzati. Sementara itu, Zain memberikan cadangan pada tok ayah untuk mengambil pembantu rumah yang boleh menguruskan makan minum memandangkan dia mahu Izzati masuk bekerja. Tok ayah membantah. Dia tidak mahu ditinggalkan berdua-duaan dengan pembantu rumah semasa mereka semua kerja. Sejak itu Zain dan isterinya, Aishah mencari pembantu rumah lelaki yang boleh memasak. Satu persatu di perkenalkan pada tok ayah tetapi tok ayah tak berkenan. Rakan baik Johan, Ana berkunjung ke rumah. Ana pandai melukis dan kawan selalu bagi semangat kat Johan. Suatu hari, Johan teman Ana beli peralatan melukis di mall, dia ternampak Izzati. Johan terus tarik tangan Ana dan ikut Izzati. Johan dan Ana naik motor memang tak terkejar Izzati yang naik kereta.

Share this video :
 
Copyright © 2016. Tonton Drama KB - All Rights Reserved