Ceria Popstar Semi Final

Ceria Popstar Semi Final

Peserta Ceria Popstar ke peringkat akhir
1. Jun
2. Aniq
3. Hazmil
4. Rezza

Eylia dan Sistar tersingkir di semi final.

---
Peserta Ceria Popstar musim keempat, Rezza dan Hazmil bakal menjadi tumpuan konsert separuh akhir Ceria Popstar yang bakal bersiaran malam ini.

Dua orang penyanyi cilik kelahiran Sarawak ini merupakan antara peserta yang mendapat perhatian penonton saban minggu.

Pernah tersingkir di konsert keenam, Hazmil dan Rezza akan kembali bertanding malam ini di konsert separuh akhir selepas diserap masuk dalam konsert peluang kedua yang disiarkan pada minggu lalu.

Rezza bakal menyanyikan lagu Berat nyanyian asal Mark Adam dan Hazmil bakal menghiburkan penonton dengan lagu Nirmala nyanyian asal Datuk Siti Nurhaliza.

Selain itu, Eylia bakal mempersembahkan lagu Hello, dendangan asal Adele manakala Aniq bakal menyanyikan lagu Projector Band, Sudah Ku Tahu.

Kumpulan Sistar bakal mendendangkan lagu Jessie J yang berjudul Flashlight dan Jun pula bakal membawakan lagu berhantu nyanyian Ziana Zain, Putus Terpaksa.

Pertarungan konsert separuh akhir Ceria Popstar bakal menyaksikan persaingan enam peserta yang merebut tempat ke konsert akhir yang bakal berlangsung pada minggu hadapan.

Ceria Popstar yang dihoskan oleh Nabil Ahmad menampilkan Awie dan Datuk Siti Nurhaliza sebagai juri tetap. Pengacara tersohor tanahair, Datuk Aznil Haji Nawawi bertindak selaku penaung dan ‘father-figure’ kepada program ini.

Jangan lupa saksikan saksikan konsert separuh akhir Ceria Popstar yang bakal bersiaran malam ini bermula jam 9.00 malam hanya di saluran 611, Astro Ceria, saluran 135, Astro Maya HD dan saluran 105, Astro Prima.
Share this video :
 
Copyright © 2016. Tonton Drama KB - All Rights Reserved