Mr Boss Miss Stalker Episode 6

Download

Mr Boss Miss Stalker Episode 6. Ria Alisya berjumpa dengan Hariz dan berterima kasih kerana telah menolong menyelesaikan masalahnya dengan gambar yang menjadi ugutan seseorang. Hariz kemudiannya perkenalkan Sara kepada Ria Alisya. Ria Alisya bersalam mesra dengan Sara dan berharap Sara akan menolong meringankan beban kerja Hariz di pejabat. Sara pelik lihat personaliti Ria Alisya yang berubah-ubah. Dari bilik Hariz, Hariz perasan yang Izzudin sering masuk ke bilik Sara. Sebagai Ketua bahagian Kewangan, Hariz tak nampak Izzudin perlu berjumpa dengan Sara selalu. Hariz menegur Izzudin secara baik kerana tidak mahu Izzudin mengganggu kerja Sara. Hariz memberitahu yang dia suka berkawan dengan Sara dan ada sesuatu yang istimewa pada Sara yang tiada pada mana-mana wanita yang pernah dia jumpa. Bagi Sara, Izzudin sering mengganggu kerja intipannya terhadap Hariz. Setiap kali Sara mahu mengintip Hariz, Izzudin akan menjadi penghalangnya.

Share this video :
 
Copyright © 2016. Tonton Drama KB - All Rights Reserved