Mr Boss Miss Stalker Episode 7


Mr Boss Miss Stalker Episode 7. Ilham mencari Sara setelah berjaya dalam misi memutuskan hubungannya dengan Zura. Setelah melihat Sara bersama Hariz, Ilham perkenalkan dirinya kepada Hariz sebagai abang kepada Sara. Hariz terkejut. Pagi-pagi lagi Izzudin telah masuk ke bilik Sara. Sara minta Izzuddin tinggalkannya kerana dia ada terlalu banyak kerja untuk diselesaikan. Izzudin memberikan Sara sekotak hadiah berupa pen. Sara menolak tetapi Izzudin menegaskan yang pen tersebut adalah pemberian Hariz kerana rasa bersalah dengan Sara kerana kes semalam. Menurut Izzudin itu adalah cara Hariz meminta maaf. Bukan dengan kata-kata. Ini membuatkan Sara lebih menyampah dengan perangai Hariz yang berlagak. Ketika hendak pulang dari pejabat, Hariz bertanya kepada Sara apa yang dilakukanya dihujung minggu kerana dia dan Izzudin merancang untuk membeli barang pejabat dan menjemput Sara turut serta. Sara memerli Hariz dengan mengatakan yang dia perlu berada di masjid untuk solat taubat kerana menginsafi diri.

Share this video :
 
Copyright © 2016. Tonton Drama KB - All Rights Reserved