Sekali Aku Jatuh Cinta Episod 6


Sekali Aku Jatuh Cinta Episod 6. Johan bukanlah pandai sangat menjaga orang sakit jantung. Setiap malam dia akan mencari di google tentang penyakit itu. Hari kedua di rumah tok ayah, Johan senaraikan makanan yang boleh dan tak boleh di makan seperti kekacang yang perlu dielakkan. Kedua Johan pindahkan bilik tidur tok ayah dari tingkat atas ke bilik bawak untuk meminimakan pergerakan. Johan tahu taktik tok ayah tak mahu makan ubat. Jadi dia akan suapkan sendiri ubat ke mulut tok ayah. Johan suka buat lawak, jadi tok ayah terhibur. Izzati masih tidak mesra dengan Johan. Kalau Johan tanya, sepatah di jawab dan dia tak pernah senyum pada Johan. Johan minta nasihat dari Ana, Ana suruh Johan hantar mesej-mesej comel dan manis sebab perempuan pasti cari. Masalahnya Johan tak ada nombor telefon Izzati. Takkan nak curi dari telefon tok ayah, tak 'gentleman' la.
Share this video :
 
Copyright © 2016. Tonton Drama KB - All Rights Reserved