Lambaian Ramadan Episod 10

Fanpage lama dh kene banned 3 hari, post gambar video 1 bulan.. ni fanpage baru
https://www.facebook.com/kbergetar2.0

Download

Selesai kemoterapi, Dr. Bubble datang menghiburkan pesakit-pesakit kanak-kanak leukimia dengan membawa hadiah. Nurin seronok bila dihiburkan oleh Dr. Bubble yang baik. Mereka masak dan makan ketupat dan rendang yang diminta Nurin bersama-sama dalam suasana ceria. Nurin teringin untuk beraya di kampung nanti kerana tahun lepas mereka beraya di Singapura, tempat saudara-mara Iqbal. Semua sebak tapi berlakon ceria setuju. Nurin juga berharap ibu dan ayahnya akan beri dia adik lagi supaya mereka tak bergaduh lagi. Beberapa kali Iqbal nampak Shila sentiasa menangis pada tengah malam. Akhirnya Iqbal minta maaf dan berjanji akan jadi ayah dan suami yang baik. Shila tahu Iqbal cintakan Warda dan tak kisah jika Iqbal mahu kahwin dengannya tapi minta Iqbal tumpukan sepenuh perhatian kepada Nurin dan keluarga dulu waktu itu. Iqbal berjanji. Iqbal jumpa Ustaz Amin supaya terangkan apa yang perlu dilakukan oleh Iqbal sekeluarga dalam waktu itu.
Share this video :
 
Copyright © 2016. Tonton Drama KB - All Rights Reserved