Lambaian Ramadan Episod 9


Shila tenangkan Nurin yang menangis lemah dan menggigil dan tanyakan kepada Ismail dan Iskandar jika sakitkan hati Nurin. Mereka nafikan. Nurin pula tidak bagitau yang dia sudah tahu segalanya, cuma menangis hingga tertidur dibaca zikir oleh atuknya. Iqbal bawa Ustaz Amin tengokkan Nurin. Ustaz Amin memberi air zam-zam dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran untuk tenangkan hati Nurin. Ustaz nasihatkan supaya beritahu segera supaya Nurin juga bersedia. Iqbal dan Shila serba-salah dan tak sanggup nak bagitau. Mereka mula lakukan apa yang dinasihatkan oleh Ustaz disamping mengubah sikap mereka sendiri. Nurin minta Iskandar temannya tidur dalam khemah malam itu. Nurin paksa Iskandar ceritakan apa yang dia dengar. Iskandar yang tak dapat nak lari lagi, bagitahu juga. Nurin menangis takut. Iskandar juga menangis dan pujuk yang dia lagi takut. Iskandar yakin Nurin boleh lawan penyakitnya sebab sudah baca di internet. Nurin minta Iskandar rahsiakan yang dia sudah tahu penyakit dan ajalnya
Share this video :
 
Copyright © 2016. Tonton Drama KB - All Rights Reserved