Mr Boss Miss Stalker Episode 20 Akhir


Sumber 1


Sumber 2

En Hamzah berjumpa dengan Hariz dan meminta maaf kepada Hariz kerana mencurigai Hariz selama ini. En Hamzah juga meminta Hariz maafkan Sara. Encik Hamzah memberitahu Hariz yang Sara memang cintakan Hariz tetapi tidak mahu mengakuinya. Hariz terkejut. Sara kesihan melihat Linda yang asyik menangis kerana dikhianati rakan baiknya Ria Alisya. Sara memujuk Linda agar tidak menangisi lelaki yang tidak setia padanya. LInda dinasihati supaya bersyukur kerana Allah telah menunjukkan siapa sebenarnya Ria Alisya dan Izham. Linda juga minta maaf kepada Sara kerana sikapnya yang melampau pada Sara dahulu. Sementara itu, Akmal datang ke rumah Sara bersama Liza Arianna dan memberitahu mereka akan menikah. Sara gembira. Di rumah, Hariz masih melakonkan watak merajuknya kerana suka melihat Sara memujuknya. Hariz minta Sara memasak masakan kegemaran, mengurut kakinya, menyuapnya makan, menemaninya menonton tv. Sara penat dan tak tahan melayan kerenah Hariz.

Share this video :
 
Copyright © 2016. Tonton Drama KB - All Rights Reserved