Pergilah Air Mata Ramadan

Download

Tanpa rasa belas kasihan, Ghani terus memukul Sufiya. Tidak cukup dengan itu, Ghani ambil pula wang gaji Sufiya yang disimpan untuk perbelanjaan sekolah anak-anaknya. Sufiya tidak berdaya melawan, dia hanya mampu menangis meraung kesakitan. Adani (17 tahun) dan dua orang adiknya Amir(11 tahun) dan Azra(6 tahun )juga tidak dapat berbuat apa-apa. Mereka hanya mampu menangis melihat Sufiya dipukul dengan kejam oleh bapa mereka. Setelah Ghani beredar, mereka terus mendatangi Sufiya yang sudah lemah dan mereka saling berpelukan dalam kesedihan. Sufiya tersedar dari mimpi ngeri yang sering menghantuinya. Nafasnya tercungap-cungap dan dia beristighfar. Kedengaran suara dengkuran . Sufiya menoleh dan lihat Azman, suaminya yang sedang tidur lena. Sufiya meraup wajahnya. Rasa kesal dan bersalah menyelubunginya. Puan Sri Zainah sedang bersiap cantik untuk menyambut tetamu yang akan datang untuk aktiviti social di rumahnya. Hari ini giliran rumahnya menjadi tempat berkumpul rakan-rakannya.

Lakonan Dira Abu Zahar, Fauzi Nawawi, Didie Alias, Puteri Aishah, EJA LORENA (s/writer)
Arahan Azmi Hatta
Share this video :
 
Copyright © 2016. Tonton Drama KB - All Rights Reserved