Gerobok Raya

Download

Zah (30) dan Muhsim (30) sudah 5 tahun berkahwin sejak tahun 1991 lagi tetapi mereka masih belum dikurniakan cahaya mata. Akhirnya, pada tahun 1995, pda 1 Syawal pda tahun tersebut, lahirlah seorang bayi bernama Fatiyah. Bergembiralah pasangan ini. Tahun 2005, Fatiyah sudah berusia 8 tahun manakala Zah dan Muhsim sudah berusia 38 tahun. Sebagai anak kesayangan Zah dan Muhsim, Fatiyah seorang kanak-kanak yang manja. Segala kemahuannya ditunaikan. Untuk hari raya pada tahun itu, Fatiyah sudah mula meminta baju raya warna hijau. Zah yang bekerja sendiri sebagai tukang jahit telah menjahitkan sepasang baju kurung warna hijau untuk Fatiyah. Fatiyah juga meminta gerobok kerana selama ini dia hanya menggunakan almari plastik. Dia teringin ada gerobok khas untuk menyimpan bajunya…. Muhsim membeli gerobok kayu yang unik dari Apek Chan…. Beberapa hari sebelum Syawal, baju kurung warna hijau untuk Fatiyah itu telah terkoyak kerana tercarik pada paku di dinding rumah.

Lakonan Eja, Zamarul Hisham, Adik Aleeya, Adik Khairisya, Zarina Zainordin, Syukri Yahaya
Share this video :
 
Copyright © 2016. Tonton Drama KB - All Rights Reserved