Marhaban Kome Oii Episod 1


Ustazah Faridah sedang menghidu bunga di tamannya apabila telefon bimbitnyanya berbunyi. Ustazah Faridah angkat. Wajahnya serius. Dia kemudian mengangguk-ngangguk. Di sebuah rumah, Mek Tina kelihatan sedang mengetuk TV nya yang rosak beberapa kali apabila menerima panggilan telefon. Dia angkat sambil berpaling. Wajahnya juga serius ketika angkat telefon. Kak Besah Lawa yang sedang memakai celak depan cermin juga terima panggilan telefon. Opah Sala yang sedang ajar cucunya naik basikal terima panggilan telefon. Dia angkat dan melepaskan 'handle' basikal sehingga cucunya menjajar dan jatuh. Tapi Opah Sala seolah tak perasan cucunya jatuh basikal. Opah Kuntum yang sedang basuh motosikalnya juga terima panggilan telefon. Begitu juga Mak dara dan Oked. Mak Timah Latah yang sedang angkat kuih bahulu terperanjat bila telefon berbunyi sampai jatuh bahulunya. Dalam latah2 tu Mak Timah terus angkat telefon. Dorang macam orang penting. Ala-ala kumpulan penyiasat yang baru dapat arahan dari bos.
Share this video :
 
Copyright © 2016. Tonton Drama KB - All Rights Reserved