Seutas Gelang Emas


Adam telah mendirikan rumah tangga dengan Zairah dan kini menetap di rumah ibunya, Hasnah. Zairah sangat bertuah kerana mempunyai ibu mertua sebaik Hasnah. Hasnah tidak pernah menyusahkan anak dan menantunya dengan segala kerja rumah, namun kebaikan Hasnah diuji apabila menantunya sendiri suka mengarahkannya untuk membuat kerja rumah termasuk menyeterika baju. Mahani, besan kepada Hasnah, sentiasa bersikap materialistic dan meminta-minta Zairah membelikannya baju raya baru dan sebagainya. Adam pula yang tidak sampai hati juga turut mengikutkan kehendak ibu mertuanya itu. Suatu hari, semasa Mahani berbuka puasa di rumah Hasnah, Mahani telah menunjuk-nunjuk gelang emasnya hadiah pemberian Adam. Hasnah berkecil hati dengan anaknya itu kerana Adam tidak pernah lagi membelikannya hadiah.
Share this video :
 
Copyright © 2016. Tonton Drama KB - All Rights Reserved