Kapcai Ayah


Haikal bangga dapat membonceng motosikal bersama ayahnya ketika dia masih kecil. Namun, perasaan itu mula hilang, walaupun motosikal itu masih menjadi pengangkutan tetap ayahnya. Jamil sangat sayangkan motosikalnya walaupun luarannya sudah buruk.

Baginya, dia akan menggunakan khidmat motornya itu selagi boleh. Haikal yang semakin dewasa mula lupa akan jasa motosikal itu kepadanya, dan berasa malu sekiranya Jamil menunggang motosikal tersebut. Akhirnya, Haikal sedar bahawa motosikal tersebut yang menjadi penyelamat hidup ketika dia berada di saat genting.
Share this video :
 
Copyright © 2016. Tonton Drama KB - All Rights Reserved