Sayangku Kapten Mukhriz Episod 16


Rupa-rupanya, Mukhriz sengaja pulang ke rumah Ariana hari itu kerana rasa tak sedap hati. Dan kejadian hari itu benar-benar buat dia cemas.

Hari yang ditunggu keluarga Ariana tiba bila anak dan menantu pulang ke rumah. Berkumpul mereka berlima, Che’ Lan, Che Na, Amrina, Ariana dan Mukhriz. Sayangnya, hanya Izzudin dan Marlia yang tiada sebab berada di Sabah. Lepas bersalin nanti, Mukhriz berjanji yang Ariana akan berpantang di situ.

Abah Ariana memperjelaskan kedudukan hubungan Ariana-Zakuan kepada Mukhriz supaya tak timbul salah faham. Apalagi setelah dia mendengar orang tua Zakuan bercerita yang Zakuan masih cuba menghubungi Ariana dan tak dapat terima kenyataan itu. “Salah abah, Mukhriz. Abah jugak yang beri harapan pada Zakuan dulu sebab sangkakan meraka akan kahwin”.

Ketenangan di Kampung dikejutkan dengan kemunculan Zakuan yang kebetulan singgah di rumah bapa saudaranya itu sebelum ke Langkawi. Pelawaan abah Ariana agar dia bermalam di rumah mereka, memberi peluang pada Zakuan untuk menatap wajah Ariana yang mana sedikit merunsingkan Mukhriz. Sekali lagi, Tn Razlan nasihati Zakuan agar lupakan kenangan lalu dan anggap Ariana seperti adik, macam sebelum-sebelumnya. Kononnya, Zakuan mohon maaf pada Mukhriz atas apa yang berlaku sebelum ni, Hinggalah di malam hari, rasa cemburu Zakuan sampai ke kemuncak bila terdengar tawa riang Ariana bergurau dalam bilik mereka. Kalau ikutkan hati, mahu saja dia menyerbu masuk dan merentap Ariana keluar. Rupa-rupanya, Mukhriz terjumpa sajak karangan Ariana bertajuk “BUAT SEORANG SUAMI”. Mukhriz tak sangka yang Ariana pandai juga bersastera.

Keesokannya, mereka semua terkejut bila Zakuan menghilang tanpa sebarang ucapan selamat tinggal. Semua kehairanan dan mengesyaki sesuatu yang tidak enak. Tapi, Tn Razlan cuba meredakan kehairanan mereka. “Mungkin dia ada kecemasan pasal hal kerja kot. Sebab tu dia tak sempat beritahu kita”.

Tapi, Mukhriz terima panggilan telefon dari Zakuan. “Permainan belum berakhir. Sedikit kau terleka, Ariana akan kembali pada aku”. Ugutan Mukhriz itu buat Mukhriz rasa gelisah.
Share this video :
 
Copyright © 2016. Tonton Drama KB - All Rights Reserved