Sayangku Kapten Mukhriz Episod 19


Awina sanggup menjadi isteri Mukhriz yang kedua kerana merasakan dia perlukan orang yang dapat membimbing dia dan Puteri dunia akhirat. Dia sanggup walaupun Mukhriz tak cintakannya. Dia cuma perlu bimbingan dan lindungan seseorang yang halal padanya. Mukhriz rasa serba-salah atas permintaan itu.

Ariana resah di rumah. Dia gagal hubungi Mukhriz. Syaitan menghasut hatinya untuk mengesyaki Mukhriz bertemuan dengan Rabiatul Adawiyah tanpa pengetahuannya lagi.
Pulang ke rumah Mukhriz gelisah. Apalagi bila melihat perut Ariana yang sudah membesar. Ariana sudah tidur ketika Mukhriz merenungnya. Tapi sebenarnya Ariana pura-pura tidur dan syak sesuatu.

“Entahlah, sejak akhir-akhir ni aku rasa berdebar. Macam ada perkara buruk nak jadi”, komen Ariana. Anisa nasihatkan dia agar tak fikir yang bukan-bukan. Mungkin pembawakan budak agaknya. Anisa sarankan Ariana ambil cuti panjang sikit dan pulang ke Penang untuk tinggal dengan Mukhriz. Mungkin dalam saat-saat begini, Ariana mahu sentiasa berada di sisi Mukhriz.

Rupanya, gerak hari Ariana memang benar. Mukhriz kemalangan ketika sessi latihan. Mungkin juga kerana terlalu fikirkan masalahnya. Tetapi dia tak beritahu Ariana. Ariana dapat tahupun setelah handphone Mukhriz dijawab Fauzan yang menjelaskan situasi Mukhriz sekarang. Ariana ingin bergegas ke Penang, tetapi Mukhriz berkeras menghalang kerana bimbang Ariana memandu sendirian dalam keadaan berbadan dua. Sedangkan Mukhriz hanya cedera ringan dan sudahpun pulang ke rumah. Ariana sedih, mudah bergenang air matanya. “Sampai hati habib tak bagi Arin ke sana jaga habib”. Mukhriz rasa bersalah lalu titipkan mesej untuk legakan hati isterinya.

“Sayang..janganlah menangis. Habib tak de kat sana nak lapkan airmata sayang. Habib sayang Arin”

Keesokannya, Mukhriz sudah muncul depan pintu Ariana. Ariana lega Mukhriz tegak berdiri depannya, sihat walafiat. Terlepaslah rindu dendamnya.

Mereka berehat dan melakukan banyak aktiviti bersama. Hinggalah suatu malam, Mukhriz membuat keputusan untuk berterus terang pada Ariana tentang Awina. Ariana mula cuak bila Mukhriz sebut soal kawin lain. “Kalau saya izinkan habib kawin lain, habib akan kahwinlah?”, soal Ariana.

Ariana terkejut bila Mukhriz menceritakan yang Awina ajak dia kawin.
Share this video :
 
Copyright © 2016. Tonton Drama KB - All Rights Reserved