Aku Dan Adik (Cerekarama)


Eira, cuma ada seorang adik lelaki iaitu hanif dan usianya tiga tahun lebih muda daripada Eira. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, Eira ambil 50 sen dari poket seluar ayah.

Petang itu, pulang saja dari sekolah, ayah memanggil mereka berdua. Ayah meminta Eira dan Hanif berdiri di tepi dinding. Eira menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah. Ayah bertanya siapa yang mengambil duitnya.

Eira langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-duanya membisu,cuma tunduk memandang lantai. Ayah bertanya lagi, siapa yang mengambil duitnyasambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang Eira.

Tiba-tiba, Hanif menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil mengaku dia yang mengambil duit ayah. Belum sempat Hanif menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuhnya.
Share this video :
 
Copyright © 2016. Tonton Drama KB - All Rights Reserved