Cik Oxford Mr Mesir

Direct Download - Tutorial di atas

mengisahkan pasangan muda, Iris dan Farhan yang bercinta membuat perjanjian sumpah setia tidak akan berjumpa selagi tidak menamatkan pengajian di luar negara.

Iris berasal dari keluarga moden melanjutkan pengajian di London, manakala Farhan pula dari keluarga yang sederhana dan mengamalkan gaya hidup lama melanjutkan pengajian di Mesir.

Selama beberapa tahun, mereka hanya berhubung melalui e-mel dan telefon tanpa melihat wajah terkini masing-masing. Konflik mula tercetus apabila mereka menamatkan pengajian dan bertunang.

Pelbagai insiden lucu berlaku apabila mereka cuba menyesuaikan diri di antara satu sama lain.

Pengalaman mendewasakan kita dan bagi pengarah Mohd Azhar Mohd Khalid atau lebih dikenali sebagai Apache, cabaran di lokasi penggambaran drama bukanlah perkara asing.

Dia menggunakan pengalaman 25 tahun di belakang tabir dengan memberikan hasil kerja terbaik menerusi telefilem Cik Oxford Mr Mesir lakonan Kamal Adli dan Zahirah McWilson.
Share this video :
 
Copyright © 2016. Tonton Drama KB - All Rights Reserved