Mariam Alisa Episod 13


Mariam dan Adila datang berjumpa Farhan di pejabatnya. Mereka mendengar rakaman perbualan antara Sharmin dan Datuk. Mereka amat terkejut. Mariam mendesak Farhan membersihkan namanya. Farhan pula geram dan terkejut kerana isterinya mempunyai skandal dengan papanya sendiri. Namun dia mahu menyiasat kesahihan rakaman itu dahulu. Malam itu kelihatan Sharmin pulang ke rumah untuk mengambil barang-barangnya. Dia masuk ke rumah dengan senyap namun tiba-tiba Datin muncul. Sharmin terkedu dan ketakutan. Datin menampar Sharmin dan menghalaunya keluar. Sharmin berasa amat bersalah, dia cuba meminta maaf tetapi Datin tak mahu menerimanya. Hatinya hancur dan kecewa kerana selama ini dia amat mempercayai dan menyayangi Sharmin. Sementara itu, Ustaz Haikal membuat keputusan untuk memutuskan pertunagannya dengan Mariam kerana dia tahu Mariam tak pernah menyayanginya dengan ikhlas.
Share this video :
 
Copyright © 2016. Tonton Drama KB - All Rights Reserved