Patahnya Sebelah Sayap Episod 2


Keadaan hujan yang lebat Amzar dan Alisha tidak pasti apa yang dilanggar. Amzar turun melihat apa yang dilanggar. Amzar kembali masuk memandu dan memberi alasan pada Alisha yang hanya terlanggar tong besar sahaja dan kemek di hadapan. Amzar sengaja tidak memberitahu hal sebenar. Sepanjang perjalanan mereka banyak berdiam diri kerana masih terkejut dengan kemalangan itu. Amzar cuba menyembunyikan keresahannya. Sedang Kuzairi memandu, dia ditahan seseorang (pinta bantuan). Kuzairi ke tepi dan turun dari kereta untuk membantu. Terkedu Kuzairi melihat Tania terbaring dan berdarah. Kuzairi jatuh melutut sambil air mata bertakung. Sejurus Amzar menghantar Alisha, dia segera pulang ke rumah dengan memandu kereta Alisha. Alisha berpesan agar memandu berhati-hati. Nanti dia akan ambil kereta itu untuk dibaiki. Ketika dirumah, Amzar terfikir-fikir akan kejadian tadi. Namun yakin tiada saksi yang nampak kejadian tersebut dan terus melupakannya.
Share this video :
 
Copyright © 2016. Tonton Drama KB - All Rights Reserved