Patahnya Sebelah Sayap Episod 3


Alisha gagal menghubungi Amzar lalu pergi ke pejabatnya. Amzar terkejut dan bawa ke tempat lain untuk berbincang. Amzar akhirnya menceritakan hal sebenar namun ianya sudah terlambat. Pada malam kejadian, Amzar terlanggar seorang perempuan. Amzar tidak tahu apa patut dibuatnya. Dia keliru masa itu. Alisha sangat terkejut. Amzar merayu pada Alisha agar merahsiakan hal tersebut dan jangan menghubunginya buat sementara waktu. Amzar ingin menyelamatkan kariernya sebagai seorang peguam baru dari tercalar. Demi sayangnya, Alisha sanggup menyembunyikan hal tersebut. Kegelisan dan serba salah Alisha disedari oleh Halimah dan Lin namun dia enggan bercerita apa-apa. Alisha tidak mahu mereka bimbang. Halimah mengesyaki sesuatu disembunyikan. Manakala Kuzairi yang tidak dapat terima kenyataan mula murung dan terperap dalam bilik. Ibunya cuba memasak lauk kesukaan Kuzairi namun dia enggan makan dan keluar bilik. Dia asyik termenung di dalam bilik.
Share this video :
 
Copyright © 2016. Tonton Drama KB - All Rights Reserved