Yang Terakhir Untukku


DHIA(25 tahun) terasa haus malam itu dan turun ke dapur untuk mendapatkan minuman. Dalam gelap , Dhia membuka peti ais di dapur tetapi tiba-tiba dia kedengaran bunyi barang jatuh dari arah ruang tamu. Dhia yang kehairanan kerana ketika itu dia berseorangan di rumah menyangkakan yang mungkin mama dan papanya baru balik dari Terengganu selepas menghadiri kenduri kahwin anak kenalan mereka terus ke ruang tamu tetapi dia terkejut apabila mendapati ada tiga orang perompak yang bertopeng hitam sedang menyelongkar rumahnya. Dhia menjerit membuatkan perompak-perompak terkejut dan salah seorang dari mereka bertindak mengugut Dhia dengan mengacukan pisau dileher Dhia dan menutup mulut Dhia. Dhia meronta-ronta minta dilepaskan dan sebaik saja perompak itu melihat wajah Dhia, pandangan mata bertembung. Dhia juga bagaikan terkaku. Salah seorang dari perompak yang lain pula bercadang untuk merogol Dhia.
Share this video :
 
Copyright © 2016. Tonton Drama KB - All Rights Reserved