Amsyar Episod 1


Hari itu macam hari biasa, Arfah mengejutkan anaknya Amiroul yang amat liat bangun pagi untuk ke sekolah. Kecewa Arfah kemudian menyuruh pula suaminya, untuk mengejutkan Amiroul. Amiroul bangun tetapi memberikan macam-macam alasan untuk tidak bersekolah pada hari itu. Di pintu, memang Arfah yang sedang mengandung merasa kecewa dengan sikap Amiroul yang semakin buas dan cukup manja dengan Farid. Akhirnya, Farid mengalah dengan keadaan mereka yang lambat masa itu. Amiroul cukup suka kerana tidak bersekolah pada hari itu. Dalam kereta merungut Arfah kerana Farid terlalu manjakan Amiroul. Dalam keadaan itu, sempat juga Arfah memberitahu kalau dibiarkan nanti dia takut Amiroul tidak pandai membawa dirinya. Farid hanya tersenyum dan ketika itu dia leka kerana ada kereta keluar dari simpang. Dia menekan brek secara tiba-tiba dan menyebabkan keretanya terbabas. Keadaan agak teruk. Sempat Arfah melihat suaminya yang sudah terkulai.
Share this video :
 
Copyright © 2016. Tonton Drama KB - All Rights Reserved