Amsyar Episod 2


Amiroul sekali lagi berdepan dengan dugaan di hari pengkembumian ibunya, Arfah. Masa ini dia hanya mampu untuk menangis. Jenuh jugaklah sekali lagi Hisham untuk memujuk dan kemudian Hisham mengalah. Akhirnya apabila Shahrul pujuk barulah Amiroul nak balik. Hisham sudah menyatakan kepada Shahrul yang dia sudah tidak sanggup menjaga Amiroul. Shahrul akur bukan mudah juga hendak menjaga Amiroul. Hisham terpaksa membawa Amiroul pergi berjumpa dengan tunangnya, Kartini. Punyalah Kartini angin satu badan apabila Amiroul tumpahkan air ke bajunya. Terpaksalah juga Hisham meminta ampun maaf. Kemudian Amiroul juga mengatakan Kartini tak cantik dan pakaian seksi sangat. Masa tengok wayang pula, pantang Hisham mendekati Kartini mulalah Amiroul campur tangan. Hisham juga mengatakan yang Amiroul memang tak boleh dibuat baik. Hisham bertengkar dengan Kartini.
Share this video :
 
Copyright © 2016. Tonton Drama KB - All Rights Reserved