Patahnya Sebelah Sayap Episod 12


Kuzairi berjumpa dan mengarahkan penyiasat itu menyiasat kejadian yang menimpa Tania dulu. Kuzairi mula merasa sesuatu yang tidak lengkap dalam hidupnya. Adakah perasaan dendam yang belum habis atau rindu yang mula terbit di hatinya. Amzar tidak tenang. Dia meminta cuti panjang dengan alasan ingin membuat persiapan perkahwinan. Sebenarnya dia merancang sesuatu ke atas Lin. Salbiah pula semakin hari semakin rancak dengan aktiviti membanggakan diri. Ada sahaja yang ingin ditonjolkan pada jiran-jiran. Kuzairi pula mula mengekori kemana sahaja Alisha pergi. Datin Sofea dan Datuk Farid mendapat tahu Kuzairi sering tidak berada pejabat. Mereka mula risau dan bertanya pada Kuzairi. Kuzairi memberi alasan dia urusan penting yang harus diselesaikan. Kuzairi melihat Alisha pergi temuduga kerja. Dia segera menghubungi majikan itu mengatakan sesuatu agar Alisha tidak dapat kerja. Dia sendiri tidak pasti dengan tujuannya. Dia merasa puas buat Alisha sakit.
Share this video :
 
Copyright © 2016. Tonton Drama KB - All Rights Reserved