Patahnya Sebelah Sayap Episod 15 Akhir


Amzar bengang mengapa nama Alisha terus menghantui hidupnya. Kemunculan Alisha buat hidupnya tidak tenang.Mengapa perlu dia pergi minta maaf pada Alisha. Patutnya Alisha yang minta maaf padanya, Alisha banyak buat dia tak tenang. Perniagaan Alisha semakin maju. Sehingga dia terpaksa mengajikan 2 orang pembantu. Peti ais besar pun sudah dibeli. Dengan mendapat lesen perniagaan, dia mula menggunakan restoran lamanya sebagai tempat pembuatan kuih. Kuzairi datang lagi berjumpa Alisha. Dia memujuk Alisha untuk memaafkannya. Alisha memaafkannya kerana apabila difikirkan kembali, Kuzairi tidak bersalah cuma tersepit. Jika dia berada dalam situasi Kuzairi, mungkin dia akan melakukan perkara yang sama. Kuzairi pinta peluang menebus kesalahannya. Dia akan membantu Alisha mengembangkan perniagaan Alisha. Namun Alisha menolak kerana ingin berusaha sendiri. Salbiah mendapat berita Alisha membuka perniagaan dan ianya sangat laris. Alisha semakin dikenali ramai.
Share this video :
 
Copyright © 2016. Tonton Drama KB - All Rights Reserved