Umairah Episod 1


Kedatangan Shahrizal ke syarikat GARUDA GLOBAL untuk mencari pekerjaan. Dia membawa keratan akhbar mengenai syarikat tersebut yang memaparkan jawatan kosong sebagai Akauntan. Dia ingin mencuba jawatan tersebut yang sesuai dengan kelayakannya sebagai Pemegang Ijazah Perakaunan. Apatah lagi, syarikat ini sememangnya tempat yang dia idamkan untuk bekerja sebelum ini. Kebetulan pada hari Shahrizal di interview, Dato’ Amir masuk untuk melihat calon-calon yang sedang diinterview. Selepas tamat diinterview, Shahrizal teruja untuk berjumpa dengan Dato’ Amir walau dihalang oleh setiausaha Dato’ Amir , Nadia ketika itu . Shahrizal merayu juga nak berjumpa untuk menyatakan rasa kagumnya terhadap Dato’ Amir yang menjadi idolanya selama ini. Dato’ Amir, usahawan dan jutawan yang masyhur namanya di persada industri perkapalan tanahair. GARUDA GLOBAL adalah syarikat yang telah diasaskan dengan titik peluhnya sendiri sehingga menjadi sebuah syarikat perkapalan yang sangat digeruni.
Share this video :
 
Copyright © 2016. Tonton Drama KB - All Rights Reserved