Amsyar Episod 11


Memang masing-masing mengelengkan kepala kerana sedang lapar. Kemudian Irfan datang dan memberikan mereka roti yang dibelinya kebetulan dia baru dapat gaji pada hari itu. Jadi memang berebutlah budak-budak itu yang memang sangat lapar. Irfan memberitahu mereka agar tidur cepat kalau tidak nanti lagi lapar. Mereka diminta jangan memikir sangat masalah Teratak Permata kerana dia sedang berusaha dengan Marsha. Irfan dan Marsha yang memang bercinta kemudian berbincang untuk memikirkan mencari wang bagi menyelamatkan Teratak Permata. Mereka ada beberapa cadangan tetapi semuanya memerlukan masa. Sedangkan pada waktu yang sama mereka juga memerlukan duit segera. Penat juga mereka memikirkan apa yang perlu dibuat. Waheeda juga teruk memikirkan apakah yang perlu dilakukannya untuk menyelamatkan Teratak Permata.
Share this video :
 
Copyright © 2016. Tonton Drama KB - All Rights Reserved