Amsyar Episod 12


Dalam kegembiraan mereka pada hari itu, Tehah baru teringat yang Fifi tidak ada bersama dengan mereka. Dia sudah mencari merata-rata kerana katanya kali terakhir dia tengok Fifi adalah ketika di rumah orang kaya di hujung kampung itu. Masa itu mereka sudah menyiapkan kerja, mereka sudah hendak balik. Tetapi kemudiannya Fifi mengatakan dia tertinggal barang di rumah itu. Tehah pula tak perasan dan dia balik dulu. Tehah pun sudah berjanji untuk berjumpa di teratak permata saja kerana dia nak balik cepat. Waheeda mula risau kerana Fifi jarang buat hal. Dia mula mundar-mandir dalam bilik pejabat memikir apa yang perlu dibuat. Kemudian, Marsha dan Irfan mengatakan mereka akan cuba mencari Fifi di sekitar Kampung. Bagi mereka mungkin Fifi singgah di mana-mana atau membuat kerja lagi untuk menambahkan pendapatan. Kadang-kadang Fifi ni sukar diramal. Tehah pula mengatakan kemungkinan Fifi ingin membuktikan apa katanya selama ini yang dia akan menjadi penyumbang terbanyak untuk projeknya.
Share this video :
 
Copyright © 2016. Tonton Drama KB - All Rights Reserved