Amsyar Episod 6


Shahrul terus meminta tolong daripada Hisham untuk menjaga Amiroul. Hisham memang berat hati dia terus memberikan alasan yang dia masih banyak kerja dan dia terus mengungkit masa dia terpaksa menjga Amiroul masa ibu bapa Amiroul baru meningal dunia dulu. Shahrul pula siap ugut pula kalau tidak, dia takkan dapat apa-apa pinjaman. Hisham sudah tidak dapat lagi mengelak tapi dia memang nak pakai duit sangat kerana belum dapat gaji. Akhirnya, Hisham bersetuju mengambil Amiroul sekali lagi tetapi dia tak tahu berapa lama. Amiroul mencebek kerana dia memang tak suka hidup sosial Hisham. Lagi satu Hisham hanya akan menjaga Amiroul di rumah bujangnya. Sharul hanya bersetuju dengan alasan untuk sementara. Dia sudah nekad untuk memujuk Lia nanti. Shahrul lega dengan kesediaan Hisham untuk menjaga Amiroul, dia terus balik ke rumah sekali lagi bergaduh apabila Lia terus mengatakan yang Shahrul masih sibuk dengan Amiroul.
Share this video :
 
Copyright © 2016. Tonton Drama KB - All Rights Reserved