Amsyar Episod 7


Pening kepala Shahrul mengenangkan nasib Amsyar. Hari itu selepas kes dengan Hisham, Amsyar meminta Shahrul menghantarnya ke kubur ibu ayahnya. Katanya dia rindu sangat dan nak mengadu nasib. Shahrul terus menghantar Amsyar. Amsyar menangis di kubur mengatakan yang tiada sapa yang sayangkan dirinya lagi. Shahrul menangis juga melihatkan Amsyar mengadu itu. Amsyar kemudian meminta agar dia ditunjukkan jalan yang benar, dia sudah tidak larat berpindah randah katanya. Kemudian, Shahrul membawa dia ke pejabat kerana dia kena menghabiskan kerja. Amsyar mengikut sahaja. Di Teratak Permata pula, dua orang daripada anak-anak di situ telah dibawa oleh Puan Loh untuk dijadikan anak angkat. Walaupun berat hati tetapi Waheeda terpaksa melepaskan mereka. Dia juga tahu Puan Loh akan menjaga mereka dengan baik. Puan Loh memang berjanji akan menunaikan tanggugjawab. Hari itu, para anak di Teratak Permata bertangisan kerana dua daripada rakan mereka sudah pun mendapat keluarga angkat.
Share this video :
 
Copyright © 2016. Tonton Drama KB - All Rights Reserved