Amsyar Episod 8


Shahrul dan Waheeda terus ke balai polis. Di situ mereka berjumpa dengan Amsyar. Menurut polis, Amsyar ditemui sedang berjalan tanpa arah. Nasib baik polis sedang meronda terjumpa Amsyar sedang menangis. Jika tidak masa itu, memang ada orang sedang memerhatikan Amsyar. Selepas berpeluk bertangisan antara Amsyar dan Shahrul mereka dibenarkan balik. Selepas dibawa makan dan sebagainya, Shahrul terus bertanya kot Amsyar boleh ikut Waheeda kerana dia sudah tidak tahu nak bawak Amsyar ke mana. Masa itu laju Amsyar mengangguk kerana dia memang suka tinggal di Teratak Permata. Waheeda cukup gembira dengan pengakuan Amsyar. Sebenarnya, Shahrul tidak sampai hati dia nak menghantar Amsyar ke rumah anak-anak yatim. Tetapi setelah difikirkan balik memang dia tidak ada jalan lain, dia harus memujuk hatinya kerana memikirkan kebajikan Amsyar yang sudah tidak bersekolah dan sebagainya. Waheeda berjanji akan menjaga Amsyar sebaik mungkin.
Share this video :
 
Copyright © 2016. Tonton Drama KB - All Rights Reserved