Amsyar Episod 9


Memang Waheeda ada masalah kewangan sedikit dengan rumah anak yatim itu. Perbelanjaan semakin berkurangan dan dia hanya mengharapkan derma daripada orang ramai. Tetapi dia tabah juga menghadapi untuk membina teratak Permata yang dulu diusahakannya bersama dengan suaminya. Suaminya telah meninggal dunia, tetapi Waheeda masih meneruskan rumah anak yatim itu. Selain itu dia juga terpaksa menyedian van untuk menghantar budak-budak itu kesekolah. Untuk meringankan beban kerja dia terus mengusahakan Teratak Permata bersama dengan dua orang lagi pembantunya, marsha dan Irfan. Kedua-dua mereka sanggup bersama dengan Puan Waheeda kerana mereka merupakan bekas penghuni rumah itu dulu. Jadi selepas menamatkan pengajian mereka ingin berbakti dengan adik-adik mereka. Walaupun keadaannya amat sederhana tetapi rumah itu telah banyak berjasa kepada mereka. Mereka langsung tidak meminta gaji daripada Waheeda.
Share this video :
 
Copyright © 2016. Tonton Drama KB - All Rights Reserved